Imam al-Ghazali RahimahuLLah berpendapat bahawa agama Islam itu ada dua bahagian iaitu pertamanya meninggalkan maksiat iaitu tidak melakukan apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT dan Rasul-Nya serta yang kedua melakukan ketaatan dengan mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.
Allah SWT telah menganugerahkan kepada kita dengan indera yang lengkap supaya kita dapat menjalani kehidupan dengan penuh kesempurnaan. Setiap indera mempunyai fungsi yang tersendiri mengikut kejadiannya.Sebagaimana mata dijadikan untuk kita melihat segala kejadian di atas muka bumi ini serta menjadi dalil saksi terhadap kebesaran-Nya.Begitu juga dengan telinga, lidah,perut dan seluruh anggota yang lain mesti dijaga supaya tidak bercanggah dengan perintah dan apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT.
Imam al-Ghazali juga pernah berkata:”Ketahuilah,bahawa engkau menderhakai Allah SWT dengan anggota engkau sedangkan ia merupakan nikmat pemberian Allah SWT kepada engkau dan amanah-Nya di sisi engkau, maka engkau minta tolong (menggunakan)nikmat Allah untuk melakukan maksiat kepada Allah adalah sangat kufur.”
Allah SWT telah berfirman di dalam surah Yasin ayat 62 yang bermaksud: “Pada hari yang Kami tutupkan mulut mereka, sedang tangan mereka bercakap kepada Kami dan kaki mereka menjadi saksi di atas segala kemaksiatan yang mereka lakukan semasa hidup di dunia dahulu (itulah hari Kiamat)”
Menghadapi setiap keadaan di dunia ini kita mestilah sentiasa berwaspada, usah mudah terpedaya dengan perkara yang melalaikan daripada berusaha mengerjakan amal kebaikan lebih-lebih lagi dalam urusan berhubung dengan harta benda dan cara membelanjakannya serta penggunaan anggota ke arah sesuatu jalam yang bermanfaat dan kebaikan.
Sebuah hadith RasuluLLah SAW ada mengingatkan dengan antara lain bermaksud: “Bersyukurlah dengan yang sedikit,Insya Allah kamu akan digandakan dengan yang lebih banyak.”
Sesuai dengan firman Allah SWT yang menegaskan dengan maksud:”Bersyukurlah kepada-Ku (dengan setiap apa yang telah dikurniakan) dan jangan sekali-kali kamu mengkufuri-Ku.Semoga kamu termasuk ke dalam golongan mereka yang beroleh kemenangan (di dunia dan di akhirat).”
Renung dan fikir-fikirkanlah: Adakah kita termasuk ke dalam golongan orang-orang bersyukur atau sentiasa dengan kekufuran ?
tX so much….
tjuk asgmen nh..
=)